IR 4.0

Apakah itu Revolusi Industri 4.0


Dunia hari ini memerlukan semua benda untuk berinteraksi dengan pantas. Data dan informasi bergerak dari satu tempat ke satu tempat kurang daripada sesaat. Jikalau sebelum ini data hanya berpindah-randah melalui komputer dan telefon mudah alih, hari ini data juga boleh berjalan dari satu mesin ke satu mesin. Istilah ini dipanggil M2M (Mahine to Machine). Inilah yang dihuraikan oleh Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia atau World Economic Forum dalam bukunya, The Fourth Industrial Revolution. M2M hanyalah sebahagian daripada Revolusi Industri 4.0. Revolusi Industri 4.0 merangkumi skop yang lebih luas yang akan kita bincangkan. Dalam artikel ini kita akan merungkai apakah itu Revolusi Industri 4.0.


Maksud Revolusi Industri 4.0

Secara tuntasnya, Revolusi Industri Keempat ialah automasi berterusan dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar yang moden.

 IR 4.0 mengoptimumkan penggunaan komputer dalam IR 3.0

Dalam Revolusi Industri Ketiga, komputer masih belum mampu untuk disambungkan sesama sendiri. Pengenalan Internet membolehkan komputer mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, teknologi komunikasi semasa Revolusi Industri Ketiga tidak sepantas dan sebaik sekarang. Sewaktu Revolusi Industri Keempat diperkenalkan, teknologi komunikasi dan rangkaian Internet telah menjadi jauh lebih baik. Ini juga dibantu dengan kemajuan teknologi tanpa wayar iaitu 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth dan yang paling baharu ialah 5G.




Kenapa Revolusi Industri 4.0 penting


Mesin harini dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk membaca keadaan mesin dan operasi yang dijalankan mesin tersebut. Mesin sebelum ini hanya bekerja secara individual dan tiada berlaku pertukaran data. Kemajuan teknologi komunikasi membantu mesin berkomunikasi degan mesin yang lain. Apabila mesin dapat berkomunikasi dengan mesin yang lain, mereka dapat berkongsi maklumat dan membuat keputusan menggunakan data yang diterima. Ini dipanggil sebagai sistem siber-fizikal, iaitu sistem antara maklumat di dalam siber iaitu koleksi data-data penting dan fizikal mesin.

Kewujudan Artificial Intelligence, membolehkan data yang diperolehi dapat digunakan untuk membuat keputusan penting tanpa perlu campur tangan manusia lalu membuatkan mesin hari ini lebih pintar. Hasil daripada sistem yang lebih pintar, kilang akan menjadi lebih efisien dan pembaziran dapat dikurangkan.






 

No comments:

Post a Comment

NEGARA YANG MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BARU IR 4.0

Terdapat beberapa negara yang merintis jalan dalam pengembangan atau perlaksanaan IR 4.0 Dalam laporan Forum Ekonomi Dunia 2018, jadual ber...